Isnin, 26 Oktober 2009

MInda Yang Mati

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada semua sahabat sekalian,
Minda yang mati adalah minda yang tidak dapat berfikir secara baik dan hanya berfikir tentang sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain dan diri sendiri mendapat kesusahan. Ia amat berkait rapat dengan hati kita. Matinya hati apabila kita selalu melakukan dosa-dosa kecil yang kita tidak sedari.

Minda digunakan untuk mengawal semua pergerakan tubuh badan kita malahan suatu sistem yang amat penting yang patut kita lindungi daripada dosa-dosa tersebut. Hati yang dipenuhi dengan tompok-tompok hitam, menjadikan hala tuju kehidupan punah randah apabila tidak dipelihara dengan baik.

Beberapa sebab minda menjadi mati kerana kita kadangkala suka mengumpat orang lain, memakan benda-benda haram tanpa diselidiki, melakukan maksiat dengan sengaja, menghalalkan sesuatu yang haram di segi syarak,dll.

Ini akan membawa kesan yang cukup parah kepada masyarakat Islam masa kini. Munculnya masyarakat yang menolak sunnah Nabi S.A.W. dan tidak menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yakni Islam. Masyarakat kini masih belum sedar bahawa mereka masih ditindas oleh anasir-anasir luar dengan begitu drastik sekali. Mereka mulai terpengaruh dengan budaya luar yang tidak elok mata memandang. Anak muda suka bergaul bebas, suka melawan cakap ibu bapa, malas mencari ilmu dll.

Bangunlah wahai Sahabat sekalian, buka mata kalian akan kepentingan kita bergabung dibawah satu bumbung dan melaksanakan semua syariat dan hukum Islam sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan yang diwahyukan kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan