Isnin, 2 November 2009

Selasa, 27 Oktober 2009

Sahabatku

Assalamualaikum....

Entah kenapa hari ini aku teringat kembali sahabat-sahabat ku yang telah lama aku tidak hubungi... Terbayang di fikiranku semasa aku di bangku persekolahan dulu... Waktu aku baru berkenalan dengan kawan-kawan baru ketika diawal persekolahan ku di sekolah menengah dahulu... Pada awalnya aku berkenalan dengan sahabatku yang diberi nama Badrul... dia selalu mengejek aku disebabkan rupa ku yang xhemsem ini... pada mulanya aku xkisah sgt... tetapi lama-kelamaan aku makan hati dengan sikapnya yang suka merendahkan orang lain... Aku tahu dia suka menarik perhatian orang untuk berkawan dengannya... Diwaktu yang sama aku jugak berkenalan dengan Anas... Dia merupakan pelajar yang pintar... Namun beberapa bulan selepas itu dia ditukarkan ke kelas yang lain... Waktu itu aku masih kekok untuk berkawan... Maklumlah dengan sikapku yang pemalu ini membuatkan aku xramai kawan... Tapi syukur Alhamdulillah di tingkatan 3 aku mula mengenali beberapa rakan yang banyak membimbing dan memberi dorongan kepada ku... Waktu itu jugalah aku mula melangkah kaki untuk berpersatuan... tapi xlah aktif sangat sekadar ahli semata-mata... dari situ aku belajar bagaimana nak menguruskan aktiviti atau program... orang yang banyak memberi dorongan kepada aku ialah Elyas dan Hafiz... Dua sahabat yang sukar ditukar ganti... Merekalah yang suka mengajak aku untuk terlibat dan turut aktif dalam persatuan... aku masih teringat dengan arwah seorang sahabat yang xsempat aku lawati ketika kematiannya... rasa hiba aku mendengar kisahnya... masih ramai lagi rakan taulan yang masih berhubung dengan ku walaupun hanya sementara waktu... sekarang kami umpama satu kumpulan ... makan kekadang bersama... melakukan aktiviti bersama... itu lah nilai sahabat bagi ku...

Buat sahabatku moga kalian semua hidup sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah...
Wassalam...

Isnin, 26 Oktober 2009

MInda Yang Mati

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada semua sahabat sekalian,
Minda yang mati adalah minda yang tidak dapat berfikir secara baik dan hanya berfikir tentang sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain dan diri sendiri mendapat kesusahan. Ia amat berkait rapat dengan hati kita. Matinya hati apabila kita selalu melakukan dosa-dosa kecil yang kita tidak sedari.

Minda digunakan untuk mengawal semua pergerakan tubuh badan kita malahan suatu sistem yang amat penting yang patut kita lindungi daripada dosa-dosa tersebut. Hati yang dipenuhi dengan tompok-tompok hitam, menjadikan hala tuju kehidupan punah randah apabila tidak dipelihara dengan baik.

Beberapa sebab minda menjadi mati kerana kita kadangkala suka mengumpat orang lain, memakan benda-benda haram tanpa diselidiki, melakukan maksiat dengan sengaja, menghalalkan sesuatu yang haram di segi syarak,dll.

Ini akan membawa kesan yang cukup parah kepada masyarakat Islam masa kini. Munculnya masyarakat yang menolak sunnah Nabi S.A.W. dan tidak menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yakni Islam. Masyarakat kini masih belum sedar bahawa mereka masih ditindas oleh anasir-anasir luar dengan begitu drastik sekali. Mereka mulai terpengaruh dengan budaya luar yang tidak elok mata memandang. Anak muda suka bergaul bebas, suka melawan cakap ibu bapa, malas mencari ilmu dll.

Bangunlah wahai Sahabat sekalian, buka mata kalian akan kepentingan kita bergabung dibawah satu bumbung dan melaksanakan semua syariat dan hukum Islam sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan yang diwahyukan kepadanya.

Rabu, 21 Oktober 2009

PEMAKANAN

Assalamualaikum...

Rezki merupakan pemberian dari Allah Yang Maha Esa. Setiap rezki yang diberikan perlulah kita dahulukan dengan memohon keredhaan dan memuji-Nya. Namun, kita semua terlupa akan konsep pemakanan yang perlu diterapkan dalam kehidupan harian. Sebagaimana yang kita ketahui pemakanan yang betul dan halal merupakan makanan yang terbaik malah ditambah pula dengan mata pencarian yang halal lagi bersih.

Sukar bagi kita untuk menahan nafsu lapar. Sebab itulah kita dikehendaki berpuasa supaya kita boleh melawan nafsu kelaparan tersebut." Makanlah sesuatu makanan itu asalkan kita semua tidak berlebih-lebihan". Maksudnya kita semua disarankan memakan sesuatu makanan itu sekadar untuk menggerakkan tubuh badan kita bukannya hingga kekenyangan. Konsep ini juga ada diterapkan dalam aspek kesihatan. Tetapi kita lalai serta leka dalam benda remeh ini.

Serupa jugak dengan dinamakan diet. Diet disini bermaksud memakan makanan sekadar diperlukan oleh tubuh semata-mata, bukannya menahan lapar sehinggakan ada yang memuntahkan kembali makanan yang telah dijamah. Salah benar konsep yang dibawa oleh sesetengah golongan ini. Malah diet yang disarankan oleh kebanyakan doktor juga tidak dititikberatkan oleh kebanyakan orang.

Puasa merupakan salah satu usaha kita untuk mengurangkan berat badan dan juga mengawal hawa nafsu kita dari segala perkara yang membatalkan puasa tersebut. Kita boleh mengamalkannya setiap 2 kali seminggu. Malahan itu lebih baik untuk tubuh badan kita dan merupakan diet terbaik yang patut kita amalkan.

Ingatlah " makanlah kamu asalkan tidak berlebih-lebihan" dan "berhentilah sebelum kekenyangan".

Selasa, 29 September 2009

SINAR TARBIAH

Salam Perkenalan Buat Semua...

Mohon Maaf,

Saya masih baru di dalam blogger ini, moga blog saya ini dapat kita manfaatkan bersama bagi membentuk siasah @ khalifah yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Saya mengambil kesempatan ini bagi mentarbiah diri saya dan sahabat-sahabat sekalian. Moga tarbiah ini merupakan sebahagian ilmu yang boleh mencerminkan dan memunasabahkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian. 

Sahabat sekalian,

Adakah kita perasan atau tidak bahawa dunia kini makin tua dan banyak kerosakan telah berlaku disebabkan tangan-tangan yang suka menggatal. Masalah sosial makin meruncing dan kita juga makin buntu mencari jalan penyelesaiannya. Mengapakah ini terjadi ?

Itulah persoalan yang selalu dibincangkan oleh pelbagai pihak termasuk media massa.

Erti kemerdekaan juga disalahgunakan oleh sesetengah golongan terutamanya remaja yang tidak kenal erti pengorbanan dan kesyukuran. Disebabkan itu, kebebasan menjadi tonggak utama untuk para remaja berkelakuan tidak sopan, dengan memakai pakaian yang menjolok mata, bebas bergaul berlainan jantina dan kurang menghargai serta menghormati orang tua dan ibu bapa mereka.

Jangan kita salahkan IBU yang mengandung. Itu tanggungjawab kita untuk mentarbiah dan menbentuk diri kita kerana peta sudah diberi, hanya kita yang akan menentukan halatuju destinasi kehidupan kita.

Moga salam perkenalan ini dapat memberi gambaran tentang tanggungjawab kita membentuk akhlak kita dan anak muda masa kini.

Contohilah Khulafa' Ar-Rasyidin ... 

Sekian