Selasa, 29 September 2009

SINAR TARBIAH

Salam Perkenalan Buat Semua...

Mohon Maaf,

Saya masih baru di dalam blogger ini, moga blog saya ini dapat kita manfaatkan bersama bagi membentuk siasah @ khalifah yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Saya mengambil kesempatan ini bagi mentarbiah diri saya dan sahabat-sahabat sekalian. Moga tarbiah ini merupakan sebahagian ilmu yang boleh mencerminkan dan memunasabahkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian. 

Sahabat sekalian,

Adakah kita perasan atau tidak bahawa dunia kini makin tua dan banyak kerosakan telah berlaku disebabkan tangan-tangan yang suka menggatal. Masalah sosial makin meruncing dan kita juga makin buntu mencari jalan penyelesaiannya. Mengapakah ini terjadi ?

Itulah persoalan yang selalu dibincangkan oleh pelbagai pihak termasuk media massa.

Erti kemerdekaan juga disalahgunakan oleh sesetengah golongan terutamanya remaja yang tidak kenal erti pengorbanan dan kesyukuran. Disebabkan itu, kebebasan menjadi tonggak utama untuk para remaja berkelakuan tidak sopan, dengan memakai pakaian yang menjolok mata, bebas bergaul berlainan jantina dan kurang menghargai serta menghormati orang tua dan ibu bapa mereka.

Jangan kita salahkan IBU yang mengandung. Itu tanggungjawab kita untuk mentarbiah dan menbentuk diri kita kerana peta sudah diberi, hanya kita yang akan menentukan halatuju destinasi kehidupan kita.

Moga salam perkenalan ini dapat memberi gambaran tentang tanggungjawab kita membentuk akhlak kita dan anak muda masa kini.

Contohilah Khulafa' Ar-Rasyidin ... 

Sekian